Bagi yang ingin membuat tempahan janji temu Klinik Kesihatan Pekerjaan Pusat Kesihatan UiTM, sila ketik butang tempahan ini.
Kawasan kolej kediaman/fakulti saya banyak nyamuk. Boleh ke pihak UKA datang buat semburan (fogging) hari ini?
Semburan fogging tidak boleh dilakukan secara semberono kerana ia boleh menyebabkan nyamuk menjadi kebal (resistant). Fogging hanya akan dilaksanakan sekiranya terdapat kes positif Denggi yang berdaftar di kawasan tersebut, atau bacaan Indeks Aedes melebihi paras bahaya hasil daripada siasatan pegawai kami. Untuk langkah awal, pastikan tiada takungan air bersih di kawasan anda dan laporkan melalui e-Aduan LILATIN.
Saya nampak kelibat tikus / lipas yang banyak di kawasan bangunan. Di mana saya boleh laporkan hal ini?
Sila isikan aduan rasmi anda berserta gambar (jika ada) melalui pautan e-Aduan Vektor (LILATIN) di laman utama. Siasatan dan tindakan kawalan akan diambil dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Adakah penggunaan rokok elektronik (vape) dibenarkan di dalam kawasan kampus?
Tidak. Keseluruhan kawasan UiTM telah diwartakan sebagai Kawasan Larangan Merokok di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). Ini merangkumi rokok tradisional, rokok elektronik (vape), dan shisha. UKA berhak mengeluarkan notis kompaun kepada sesiapa yang melanggar peraturan ini.
Apakah tindakan pertama yang perlu dibuat sekiranya berlaku kemalangan di makmal atau tempat kerja staf?
Dapatkan rawatan kecemasan segera jika perlu. Kemudian, insiden tersebut mesti dilaporkan segera kepada Setiausaha Sub-Jawatankuasa KKP (SOSHCo) PTJ masing-masing atau dimaklumkan kepada UKA dalam tempoh 48 jam untuk tujuan siasatan dan pelaporan rasmi JKKP (NADOPOD).
Bagaimana cara untuk membuat janji temu pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Pekerjaan (Klinik OH)?
Bagi mengelakkan masa menunggu yang lama dan melancarkan operasi, tempahan bagi Klinik OH kini tidak lagi dibuat secara manual. Sila gunakan sistem tempahan janji temu automatik Klinik OH melalui pautan yang disediakan di bahagian Portal Staf. Sistem akan mengesahkan slot masa anda secara terus.
Saya mengesyaki saya dan rakan terkena keracunan makanan selepas makan di kafe dalam UiTM. Apa yang patut saya buat?
Segera dapatkan rawatan di Pusat Kesihatan UiTM untuk pengesahan klinikal. Kemudian, wajib isi borang e-Notifikasi Penyakit supaya pihak UKA boleh memulakan siasatan serta-merta, termasuk melaksanakan pensampelan makanan dan penutupan premis sekiranya perlu bagi mengelakkan pelajar lain terkena jangkitan.
Kenapa saya perlu mendaftarkan premis makanan?
Semua premis makanan perlu didaftarkan agar aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, penghantaran, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau pembungkusan semula apa-apa makanan itu dapat dijalankan seperti dinyatakan Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Apakah kategori premis yang perlu berdaftar mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009?
semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan
semua premis makanan yang terlibat dalam katering dan katering makanan secara besar-besaran
semua premis yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan makanan untuk dijual
semua kenderaan yang dijadikan sebagai premis menjual makanan yang sedia untuk dimakan.
Berapa lamakah tempoh sah laku pendaftaran premis makanan dalam FoSIM?
Tempoh sah laku pendaftaran premis adalah selama 3 tahun bermula dari tarikh pendaftaran premis.
Adakah premis makanan saya diwajibkan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia walaupun saya tidak mempunyai syarikat?
Anda wajib mendaftarkan premis dengan KKM selaras dengan Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Saya adalah penganjur program pelajar dan kami menjemput food truck dari luar. Adakah sebarang syarat kesihatan yang perlu dipatuhi?
Ya. Semua pengendali makanan (termasuk food truck jemputan) diwajibkan mempunyai suntikan anti-Tifoid (Typhoid) yang masih sah dan Sijil Latihan Pengendali Makanan sebelum dibenarkan beroperasi di dalam kampus, selaras dengan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Saya merupakan pelajar/staf dan baru disahkan positif penyakit berjangkit (contoh: Denggi, Tibi, COVID-19, Cacar Air). Kepada siapa saya perlu lapor?
Anda diwajibkan untuk mengisi borang e-Notifikasi Penyakit Berjangkit di laman web ini secepat mungkin. Tindakan ini selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi membolehkan pihak Pusat Kesihatan memantau kluster jangkitan dan menasihati proses kuarantin/pengasingan anda.
Adakah pihak UKA mengeluarkan surat kuarantin atau sijil cuti sakit (MC) atas talian?
UKA tidak mengeluarkan MC. Cuti sakit hanya dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan selepas pemeriksaan klinikal di Pusat Kesihatan. Walau bagaimanapun, arahan pengasingan (kuarantin) untuk penyakit berjangkit akan diselaraskan oleh UKA berdasarkan protokol terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apakah saluran yang boleh digunakan oleh orang awam bagi membuat aduan terhadap pelanggaran Akta 852?
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan Akta 852 ini orang ramai boleh menghubungi talian 03-8892 4552 atau menghantar pesanan melalui aplikasi Whatsapp ke talian 010-860 8949 dari hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang.
Bolehkah Syarikat VAPE boleh menganjurkan sebarang bentuk Pameran atau Ekspo bagi memperkenalkan produk mereka?
Di bawah Bahagian III, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] adalah berkaitan larangan pengiklanan, promosi dan tajaan bagi produk merokok yang melibatkan Seksyen 7, 8 dan 9 di mana tiada seorang pun boleh menerbitkan, mempromosi atau menaja apa-apa iklan yang berhubungan dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan.
Selain itu, Seksyen 10 Akta 852 pula adalah berkaitan larangan menjual atau mempamerkan apa-apa produk merokok melainkan sekiranya mematuhi kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Kawalan Penjualan) 2024
Oleh itu, penganjuran sebarang bentuk Pameran atau Ekspo bagi syarikat VAPE untuk memperkenalkan produk-produk mereka ADALAH DILARANG dan tidak dibenarkan untuk dianjurkan.
Adakah menjadi suatu kesalahan syarikat menaja mana-mana pasukan yang terlibat dengan aktiviti sukan/sukan permotoran/Persatuan
Di bawah Seksyen 9, Akta 852 tiada seorang pun boleh mempromosi atau menaja, atau mengambil bahagian dalam apa-apa perkiraan yang mempromosikan apa-apa produk merokok, yang dimaksudkan atau berkemungkinan untuk menggalakkan mana-mana orang untuk merokok atau dipromosikan sebagai produk berhenti merokok.
Adakah dibenarkan mempromosikan produk vape bernikotin berdaftar/tidak berdaftar di Malaysia untuk indikasi berhenti merokok?
Di bawah Seksyen 9, Akta 852 tiada seorang pun boleh mempromosi atau menaja, atau mengambil bahagian dalam apa-apa perkiraan yang mempromosikan apa-apa produk merokok, yang dimaksudkan atau berkemungkinan untuk menggalakkan mana-mana orang untuk merokok atau dipromosikan sebagai produk berhenti merokok.
Bolehkah rokok elektronik atau VAPE dijual dengan menggunakan mesin layan diri?
Di bawah seksyen 10(1), Akta 852, tiada seorang pun boleh menjual atau mempamerkan bagi penjualan apa-apa produk merokok melainkan jika jualan itu mematuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan.
Di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Kawalan Penjualan) 2024 iaitu berkaitan larangan penjualan produk merokok secara dalam talian, dsb., apa-apa produk merokok TIDAK BOLEH dijual secara dalam talian atau melalui mesin layan diri.
Ini adalah selari dengan Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, Akta Makanan 1983 [Akta 281] sebelum ini iaitu mesin layan diri bagi hasil tembakau dilarang.
Oleh yang demikian, penjualan vape melalui mesin layan diri adalah TIDAK DIBENARKAN.
Adakah rokok elektronik atau VAPE dibenarkan penjualannya secara dalam talian atau 'online'?
Di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Kawalan Penjualan) 2024 iaitu berkaitan larangan penjualan produk merokok secara dalam talian, dsb., apa-apa produk merokok TIDAK BOLEH dijual secara dalam talian atau melalui mesin layan diri.
Ini adalah selari dengan Peraturan 10A, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, Akta Makanan 1983 [Akta 281] sebelum ini iaitu berkaitan larangan menjual hasil tembakau secara dalam talian.
Oleh itu, penjualan vape secara dalam talian atau online adalah TIDAK DIBENARKAN.
Di manakah tempat-tempat yang diwartakan sebagai tempat larangan merokok?
Pusat hiburan atau teater, kecuali kasino
Kawasan hospital atau klinik
Lif atau tandas awam
Tempat makan
Kedai berhawa dingin
Bangunan dobi
Bangunan hentian pengangkutan awam
Kawasan lapangan terbang kecuali kawasan atau bilik merokok yang telah diluluskan
Kawasan premis Kerajaan
Bangunan Parlimen Malaysia
Mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan sama ada di mana-mana tempat awam atau di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirin
Kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
Kawasan taman asuhan kanak-kanak
Kaunter perkhidmatan awam
Kompleks membeli-belah
Kawasan stesen minyak
Bangunan stadium, pusat kecergasan atau gimnasium
Kawasan kompleks sukan
Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
Kawasan perpustaan
Kafe internet
Kawasan tempat latihan khidmat negara
Bangunan tempat kerja
Kawasan rehat dan rawat kecuali tempat letak kereta awam terbuka
Kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka
Menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri
Di dalam bas sekolah
Di dalam kenderaan awam
Apakah spesifikasi ukuran tanda larangan merokok yang digunakan untuk bangunan atau premis tempat makan?
Kalau saya ada nampak orang merokok atau hisap vape di kawasan larangan macam di universiti atau pusat kesihatan, macam mana nak buat laporan?
Anda boleh terus layari laman web jomlapor.com. Buka sahaja di telefon pintar anda, pilih jenis kesalahan (Kawasan Larangan Merokok), muat naik gambar kejadian, nyatakan lokasi (contohnya di koridor fakulti atau ruang menunggu), dan terus tekan hantar.
Selamat ke kalau saya buat aduan ni? Nanti orang tahu pula saya yang tangkap gambar diorang.
Jangan risau, selamat. Anda tidak perlu mendaftar atau memberikan sebarang maklumat peribadi. Sistem JomLapor direka untuk merahsiakan identiti pengadu sepenuhnya.
Selain kes merokok di tempat larangan, apa lagi yang saya boleh lapor?
Banyak lagi kesalahan di bawah Akta 852 yang anda boleh laporkan. Antaranya:
Peniaga menjual rokok atau vape kepada remaja bawah 18 tahun.
Iklan, promosi, atau tajaan berkaitan produk merokok.
Produk yang dijual tiada amaran kesihatan yang sah pada pembungkusan.
Isu pendaftaran atau pelanggaran peraturan penjualan yang lain.
Aduan saya ni nanti pergi ke mana? Siapa yang buat website JomLapor ni?
JomLapor adalah satu inisiatif hasil kerjasama antara badan bukan kerajaan (NGO) dan badan profesional. Aduan berserta gambar dan lokasi yang anda hantar akan dikumpul bagi membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta 852 dengan lebih berkesan.